Hari Terbuka Pusat Internet Kodiang 2019
2 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah menjalankan insiatif program iaitu Hari Terbuka Pusat Internet Kodiang bersama komuniti dan penduduk setempat Kampung Kodiang Lama Dalam . Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat Kampung Kodiang Lama khususnya dan penduduk Kodiang amnya. Dalam masa yang sama dapat mendedahkan tentang peranan yang dibawa oleh PI Kodiang kepada penduduk setempat
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Explore Race serta hashtag #pikodiang, Kahoot online, membuat poster Cuti-cuti Malaysia ,dam online serta cabutan bertuah .
Melalui perjalanan program ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan kesedaran kepada masyarakat setempat akan peranan Pusat Internet Kodiang ,serta mempromosi program dan latihan yang dianjurkan Pusat Internet kepada masyarakat setempat Kodiang. Pusat Internet Kodiang juga merasa bertuah kerana lebih 80 orang pelajar Sekolah Menengah Tunku Bendahara bersama guru-guru pengiring telah hadir untuk meraikan Hari Terbuka Bersama Pusat Internet Kodiang ini.
Sambutan di kalangan penduduk adalah amat memberangsangkan sehingga mencatat kehadiran lebih 143 orang penduduk Kampung Kodiang Lama Dalam. Majlis telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Keplu, Encik Mohamad Helmey Bin Md. Saad
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: